- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan insiden tegang di antara bekas Ahli Parlimen, Tian Chua, dengan pengawal keselamatan di pintu masuk pusat beli-belah Suria KLCC.
Insiden tersebut bagaimanapun mencetuskan kemarahan pihak awam dengan ramai yang mendakwa pihak pengurusan Suria KLCC bersikap anti-Palestin kerana tidak membenarkan bendera Palestin dibawa masuk ke dalam pusat membeli-belah itu.
Persoalannya, sejauh manakah kebenaran tentang dakwaan yang diperkatakan?
Suria KLCC Tampil Beri Kenyataan Tentang Apa Yang Berlaku
Kejadian sebenar telahpun berlaku pada 6 September. Dan pihak KLCC mengambil langkah untuk menyiasat terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan untuk tidak lagi mengeruhkan keadaan. Oleh itu, penjelasan pihak mereka dikeluarkan satu hari selepas iaitu 7 September.
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan Suria KLCC yang bertajuk ‘Suria KLCC Perjelas Prosedur Keselamatan’ itu mengetengahkan bahawa isu sebenar bukanlah pada bendera Palestin itu sendiri, tetapi pada batang kayu/tiang yang digunakan untuk mengibarkannya.
Menurut pihak mereka, polisi keselamatan pusat beli-belah itu secara jelas tidak membenarkan sebarang objek yang boleh dianggap berbahaya atau digunakan sebagai senjata, termasuk batang kayu, besi, atau objek seumpamanya untuk dibawa masuk ke dalam premis.
Ini adalah prosedur operasi standard (SOP) bagi menjamin keselamatan semua pengunjung. Malah SOP ini bukan sahaja terpakai di pusat membeli-belah Suria KLCC sahaja, di mana-mana sahaja sebenarnya termasuklah di konsert, lapangan terbang, bangunan pejabat, serta di acara sukan sekalipun.
Pemakaian Baju, Mafla, Atau Selendang Bercorak Bendera Palestin Bukan Isu
Malah, jika kita lihat di media sosial sebelum ini– ramai sahaja pengunjung yang memakai mafla, baju, atau selendang dengan corak bendera Palestin masuk ke Suria KLCC tanpa sebarang halangan.
Ramai yang datang ke KLCC selepas menyertai perhimpunan solidariti di kawasan sekitar atas tujuan peribadi seperti makan, menggunakan tandas, solat, dan sebagainya.
Ini menunjukkan pihak pengurusan tidak mempunyai masalah dengan simbol solidariti itu sendiri. Isu ini hanya timbul apabila objek yang berpotensi membahayakan keselamatan iaitu tiang bendera yang cuba dibawa masuk.
Tindakan pengawal keselamatan itu adalah berdasarkan peraturan yang ditetapkan untuk melindungi orang ramai.
Bayangkan apa yang boleh berlaku jika semua orang dibenarkan membawa masuk objek seperti batang kayu ke dalam pusat beli-belah yang sesak dengan keluarga dan kanak-kanak?
Dan jika difikirkan secara logik, jika mana-mana batang kayu yang tidak membawa bendera Palestin sekalipun dibawa masuk ke dalam mana-mana pusat membeli-belah– pasti akan membuatkan orang ramai berasa tidak selamat.
Terutamanya yang berkeluarga, anak-anak kecil yang berlari di koridor, dan sebagainya.
Video Viral Jadi Bukti, Pengawal Keselamatan Suria KLCC Hanya Minta Untuk Tak Bawa Masuk Kayu, Bukan Bendera, Keffiyeh dan Sebagainya
Isu ini menjadi semakin hangat diperkatakan di media sosial susulan kenyataan oleh Tian Chua selaku bekas Ahli Parlimen Batu dan beberapa peserta yang menyertai perhimpunan aman solidariti Palestin dan demonstrasi anti-Trump itu mendakwa bahawa pihak Suria KLCC tidak membenarkan simbol-simbol berkaitan Palestin untuk memasuki premis pusat membeli-belah berkenaan.
Namun, jika anda tonton video di bawah ini, sangatlah jelas bahawa pihak pengawal keselamatan hanya meminta untuk beliau tidak membawa masuk kayu, dan bukanlah bendera Palestin seperti yang diuar-uarkan di media sosial.
Protes #TrumpNotWelcome Telah Berjalan Di Sekitar Kawasan Suria KLCC
Jika dilihat menerusi posting oleh salah seorang peserta protes #TrumpNotWelcome, mereka telahpun berjalan daripada McDonald’s Bukit Bintang hingga ke kawasan KLCC pada jam 5 – 7pm pada 6 September lalu.
Dan setibanya kumpulan ini di perkarangan KLCC, tiada aksi atau tindakan yang menunjukkan bahawa mereka telah dihalau oleh mana-mana pihak. Ini bermakna, apa sahaja bentuk protes yang tidak berpotensi membahayakan orang awam tidak pernah dihalang oleh pihak Suria KLCC seperti yang diviralkan.
Reina Lum & Caprice Ulas Isu Tular, Kongsi Pengalaman Sendiri
Seorang pempengaruh dan bekas peguam, Reina Lum serta penceramah motivasi, Caprice, turut membahaskan perkara ini menerusi video ringkas yang dimuat naik di akaun media sosial milik mereka.Reina memberitahu bahawa pada tahun 2023, dia dan suaminya ada menyertai perarakan protes seperti ini.
Namun, kejadian seperti dihalau tidak berlaku kepada dirinya meskipun dia turut memakai keffiyeh, dan sebagainya.
Caprice pula menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya @capricepodcast mengetengahkan bahawa dia sendiri pernah memasuki pusat membeli-belah KLCC dengan memakai keffiyeh yang sama, tetapi tidak menimbulkan apa-apa isu bagi pihak pengurusan mahupun pengawal keselamatan di sana.
@capricepodcast #kongsirezeki #nakviral #munafikhunter ♬ A tense suspense piece on the piano(1270072) – illmatic studio
KLCC Group Pernah Kecilkan Skala Sambutan Tahun Baru 2023 Demi Sensitiviti Konflik Palestin-Israel
Untuk pengetahuan umum, menurut sumber yang boleh dipercayai– KLCC Group pada tahun 2023 telahpun membuat penilaian risiko sebelum acara Tahun Baru yang akhirnya membawa kepada keputusan pihak mereka untuk mengecilkan skala sambutan itu pada Disember 2023.
Salah satu sebab adalah demi solidariti dan menjaga sensitiviti terhadap isu konflik di antara Palestin-Israel yang sudahpun meragut ribuan nyawa pada ketika itu.
Malah, tiada konsert ataupun bunga api. Hanya muzik dan juga pertunjukan cahaya bersama pancutan air berlangsung buat rakyat Malaysia yang hadir.
KLCC Adalah Lokasi Awam Yang Menerima Ribuan Pengunjung Setiap Hari, Semua Orang Layak Untuk Berasa Selamat
Sebagai sebuah destinasi tumpuan awam, adalah menjadi tanggungjawab utama Suria KLCC untuk memastikan keselamatan dan keselesaan setiap pengunjung.
Meskipun dikenali sebagai ‘tempat awam’, Suria KLCC sebenarnya adalah sebuah harta persendirian yang dibuka kepada umum.
Sama seperti kita meletakkan peraturan di rumah sendiri demi keselesaan tetamu, pihak pengurusan juga mempunyai hak untuk memastikan peraturannya dipatuhi demi kebaikan semua.

Peraturan keselamatan yang dikuatkuasakan bukanlah untuk menyekat mana-mana pihak, tetapi untuk memastikan persekitaran yang selamat untuk semua.
Menyatakan sokongan kepada mana-mana perjuangan adalah hak individu, tetapi apabila berada di ruang yang dikongsi bersama, pematuhan kepada peraturan keselamatan adalah wajib.
Mungkin ada baiknya jika kita semua melihat isu ini secara rasional dan tidak mudah terpengaruh dengan naratif yang boleh memecahbelahkan.
Keselamatan dan keharmonian kita bersama harus menjadi keutamaan.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
Suria KLCC Didakwa ‘Anti-Palestin’, Persoalannya Betul Atau Tidak?
Entertainment Flash Report
Persoalannya Betul Atau Tidak?
Philippines news
Pinoy Trending
politics
showbiz
sports
Suria KLCC Didakwa ‘Anti-Palestin’
technology
viral post
trending Articles
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment